FOLLOW US:
musim 2021AIMAN MAHU REBUT MINIT PERMAINAN DI MUSIM 2021

AIMAN MAHU REBUT MINIT PERMAINAN DI MUSIM 2021

“Tahun ini saya nampak semua pemain pamerkan komitmen 100% dalam dan luar padang. Latihan pra-musim yang dirancang jurulatih sudah pasti dengan modul berkeupayaan tinggi dan kami sambut cabaran dengan berlatih bersungguh-sungguh.

Azam saya tahun ini untuk mendapat lebih minit permainan, terutamanya perbaiki kemahiran bolasepak dan tingkatkan kecergasan serta mahu di tahap lebih dari tahun lepas.Saya amat berterima kasih dengan pemain senior banyak memberi tunjuk ajar kepada saya seperti kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar, terutamanya macam mana nak perbaiki permainan saya.

Beliau sendiri memimpin pasukan melalui teladan, mampu mengekalkan prestasi lebih kurang 13 tahun bersama pasukan Kedah.Perancangan saya bagi jangka pendek, selepas dipilih untuk beraksi di kejohanan antarabangsa (Piala AFC Bawah 19 Tahun) tetapi dibatalkan atas pandemik COVID19, saya fokus 100% untuk skuad Liga Super KDA FC, ini satu-satunya kejohanan yang saya ada untuk tunjukkan bakat kepada jurulatih dan perbaiki prestasi saya.

Berkenaan pengumuman baru-baru ini oleh Majlis Keselamatan Negara, PKP turut dikenakan di Kedah bermula 22 Januari 2021, memberi kesan kepada persediaan pemain namun saya boleh teruskan seperti PKP sebelum ini, boleh beriadah dan bersenam secara individu, aktiviti berbasikal juga pilihan yang bagus untuk mengekalkan kecergasan dalam tempoh kawalan ini.Selain itu, jurulatih akan pantau perkembangan kami melalui aplikasi atas talian secara langsung dengan setiap pemain.”- Mohd Aiman Afif Md. Afizul, Pemain Tengah KDA FC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts