FOLLOW US:
Liga Super Malaysiajaringan baddrol semarakkan semangat pasukan

jaringan baddrol semarakkan semangat pasukan

ALOR STAR : Kemenangan 3-1 keatas pasukan PJ City FC di laman sendiri menyaksikan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya mengutip 3 mata penuh setelah ketinggalan 0-1 pada babak separuh masa pertama menyaksikan pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak itu bangkit dengan lebih bersemangant untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

PJ City FC berjaya menjaringkan gol pertama permainan pada minit ke-39 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh M.Kogileswaran setelah pemain tangah PJ City FC, Sunil Caven Chandran dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan tuan rumah, Fandi Othman.

Selang 2 minit aksi separuh masa kedua bermula, Baddrol Bakhtiar yang juga merupakan ketua pasukan KDA FC berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui satu tandukan yang tepat kearah gawang gol PJ City FC untuk menewaskan penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz setelah menerima hantaran sepakan sudut yang diambil oleh Rabih Ataya pada minit ke-47 permainan.

Gol yang dijaringkan ketua pasukan KDA FC itu ternyata menambahkan lagi semangat rakan sepasukan apabila sekali lagi, Baddrol Bakhtiar menjadi watak penting yang menyaksikan beliau berjaya membuat hantaran cantik berpunca dari sepakan percuma yang berjaya disambar oleh penyerang utama pasukan, Kpah Sherman pada minit ke-51.

KDA FC menambah derita PJ City FC apabila berjaya menambah gol ketiga yang dijaringkan oleh pemain muda gentian Fayadh Zulkifli pada minit ke-84. Pemain muda itu telah dibawa masuk pada separuh masa kedua menggantikan Rozaimi Abdul Rahman. Beliau berjaya menjaringkan gol setelah menerima hantaran cantik yang dilakukan Azamuddin Akil dari sebelah kanan padang.

Kemenangan itu menyaksikan Kedah berada di kedudukan ke-4 liga dengan 7 mata selepas 4 perlawanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts