FOLLOW US:
Liga Super MalaysiaJaringan kpah selamatkan kedah

Jaringan kpah selamatkan kedah

PULAU PINANG : Kpah Sherman telah menjaringkan telah menjaringkan gol penyelamat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada lewat permainan menentang Penang FC apabila kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 pada perlawanan ketiga Liga Super musim 2021

Aksi yang berlangsung yang telah berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang itu telah menyaksikan pasukan tuan rumah, yang juga pendatang baru dalam Liga Super Berjaya mendahului pasukan pelawat seawall minit ke-11 menerusi hasil jaringan pemain import mereka, Endrick Dos Santos

Endrick Dos Santos yang juga ketua pasukan Penang FC bijak mengambil kesempatan di depan gawang gol KDA FC setelah penjaga gol Kedah, Shahril Sa’ari gagal menangkap dengan kemas bola hasil sepakan Casagrande.

Aksi kedua-dua  pasukan nampak terjejas akibat keadaan padang yang becak berikutan hujan lebat pada sebelah petang. Kedua-dua pasukan nampak bermain dengan lebih berhati-hati

Selepas buntu mencari gol penyamaan pada separuh masa permainan, pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak telah membawa masuk pemain simpanan, Azamuddin Akil menggantikan Baddrol Bakhtiar. Keputusan itu nampak membuahkan hasil apabila bekas pemain Pahang itu berjaya mencipta peluang yang membolehkan Sherman menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86.

Keputusan seri itu menyaksikan KDA FC dan Penang FC berada di kedudkan keempat dan kelima liga dengan berkongi empat mata selepas tiga perlawanan Liga Super musim ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts