FOLLOW US:
Liga Super MalaysiaKedah “Kuliahkan” uitm

Kedah “Kuliahkan” uitm

SHAH ALAM : Kemenangan tipis 0-1malam semalam sudah cukup untuk pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) membawa pulang 3 mata berharga ke Alor Setar selepas menewaskan pasukan tuan rumah UiTM FC pada perlawanan ke-5 Liga Super yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam.

Kekalahan ini terus menyaksikan pasukan bimbingan jurulatih Frank Bernhardt itu hanya mampu meraih satu mata. UiTM FC gagal meraih sebarang kemenangan selepas tamat lima perlawanan Liga Super musim 2021.

Pasukan KDA FC mendominasi sebahagian besar permainan dengan berjaya melakukan beberapa serangan berbahaya dan percubaan tepat namun tidak berjaya membuhahkan hasil.

KDA FC dipaksa menunggu sehingga hujung babak separuh masa pertama sebelum memperoleh gol tunggal perlawanan menerusi Faizat Ghazli yang berjaya menyudahkan hantaran cantik hasil dari sepakan percuma yang diambil Rabih Ataya pada minit ke-43.

Bermula babak kedua, episod malang UiTM FC berterusan apabila Muhd Farid Nezal menerima kad merah apabila dia dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-53. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun kedudukan kekal 0-1 sehingga wisel penamat dibunyikan. Jaringan ini sudah cukup untuk KDA FC membawa pulang 3 mata berharga pulang ke Alor Setar.

Kemenangan itu menyaksikan Kedah berada di kedudukan ke-3 liga dengan 10 mata selepas 5 perlawanan. Liga berehat sementara untuk memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Malaya menjelang baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara berpusat di UAE yang mana Malaysia dijadual bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts