FOLLOW US:
Liga Super MalaysiaPASUKAN LANG MUDA KDA FC MULA LANGKAH RANCANG MASA DEPAN PEMAIN MUDA BAGI MUSIM 2021

PASUKAN LANG MUDA KDA FC MULA LANGKAH RANCANG MASA DEPAN PEMAIN MUDA BAGI MUSIM 2021

Alor Setar, 24 Mac 2021: Satu perjumpaan telah diadakan bertempat di Hotel Raia, Kepala Batas bertujuan untuk sesi suai kenal antara barisan pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan barisan kejurulatihan Program Lang Muda serta membincangkan mengenai hala tuju dan persiapan skuad Lang Muda.

Dalam pada itu, pemilihan SMK Mergong sebagai Program Lang Muda adalah amat bertepatan kerana berjaya melahirkan beberapa pemain untuk pasukan utama Kedah seperti Mohd Ifwat Akmal Che Kassim, Mohd Akhyar Rashid, Mohd Hidhir Idris, Mohd Farhan Roslan, Mohd Farhan Abu Bakar dan yang terbaru, pemain pertahanan kiri KDA FC, Fairuz Zakaria. Pada musim 2021, seramai 10 orang pemain Program Lang Muda akan menyertai sesi pemilihan pemain Skuad Piala Belia Kedah bawah 19 tahun.

Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai pertandingan yang akan disertai oleh skuad Lang Muda pada musim ini. Program Lang Muda ini adalah di bawah Program Pembangunan Belia Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman dan perancangan jangka pendek adalah penyertaan dalam kejohanan bawah umur 17 tahun anjuran Malaysian Football League (MFL), dan bagi pasukan bawah 13, 14, 15 dan 16 tahun pula, pasukan muda ini akan bertanding di kejohanan anjuran Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dan liga-liga jemputan yang lain.

Program Lang Muda ini turut menekankan aspek pembangunan insan seperti program akademik, khusus untuk para pemain yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Baru-baru ini juga telah diadakan kerjasama antara pasukan Lang Muda dan Fakulti Sains Sukan UiTM, Arau. Program Lang Muda juga akan mengadakan kerjasama seperti ini dengan beberapa buah IPTA yang lain seperti pihak Universiti Utara Malaysia (UUM), UiTM Merbok, Politeknik, Kolej Komuniti dan beberapa sektor pendidikan yang lain.

Perjumpaan ini dihadiri oleh beberapa orang ahli di antaranya Ketua Pegawai Esekutif KDA FC, Encik Khamal Idris bin Ali, Ketua Unit Lang Muda Kedah, Encik Idzham bin Nordin, Penasihat Program Lang Muda yang juga Pengetua SMK Mergong, Encik Asri bin Mokhtar, Exco KFA, Encik Rosmaini bin AB. Rased, Ketua Pembangunan Belia, Encik Mohd Ridzuan bin Abdul Rahman, Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Lang Muda, Encik Faizul bin Mohd Faisol, barisan kejurulatihan serta beberapa orang pegawai lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts