FOLLOW US:
Liga Super Malaysiabaddrol julang kedah

baddrol julang kedah

ALOR SETAR : Dua jaringan yang dihasilkan oleh ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar dan satu dari Kpah Sherman membantu Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) mengutip 3 mata berharga menewaskan Sri Pahang FC 3-1 di gelanggang sendiri.

Aksi bermula menarik apabila kedua-dua pasukan nampak saling berbalas serangan bagi menjaringkan gol pendahuluan. Pada babak pertama, KDA FC mendapat peluang terbaik melalui sepakan bebas oleh Rabih Ataya seawal minit keenam namun ditepis penjaga gawang Sri Pahang, Zarif Irfan.

Memasuki minit ke-16 permainan, pasukan Sri Pahang FC kendalian Dollah Salleh terpaksa akur untuk bermain dengan 10 orang apabila pemain pertahanan, Herold Goloun dilayangkan kad merah kerana menarik Tchetche Kipre di hadapan kotak penalti.

KDA FC akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-36 menerusi rembatan deras ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar dari luar kawasan penalti Sri Pahang FC selepas berjaya menerima hantaran dari Tchetche Kipre.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Sri Pahang FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-41 menerusi jaringan Muhamad Nur Izzat Che Awang yang menyempurnakan hantaran cantik daripada Nor Azam Azih.

Bermula babak kedua, KDA FC tidak menunggu lama untuk kembali mendahului apabila pemain penyerang, Kpah Sherman berjaya menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan pertahanan Sri Pahang FC, Faisal Rosli dalam kotak penalti.

Baddrol Bakhtiar sekali lagi memastikan KDA FC terus selesa di hadapan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-71 menerusi tandukan hasil dari sepakan penjuru yang diambil Faizat Ghazali.

Sri Pahang terlepas peluang untuk merapatkan jaringan apabila Lee Tuck gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dikasari dalam  kotak penalti. KDA FC kekal mendahului dengan jaringan 3-1 sehingga wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan KDA FC berada di kedudukan ke-2 liga dengan 13 mata selepas 6 perlawanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts