FOLLOW US:
Liga Super MalaysiaKEDAH ATASI SELANGOR DI MBPJ

KEDAH ATASI SELANGOR DI MBPJ

PETALING JAYA : Kedah Darul Aman (KDA) FC mempamerkan semangat juang yang tinggi apala berjaya bangkit menewaskan pasukan tuan rumah, Selangor FC dengan jaringan 1-2 pada perlawanan yang penuh dramatik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Ini merupakan kemenangan keempat berturut-turut yang membolehkan KDA FC  terus berada ditangga kedua liga, mengikuti rapat pencabar dan juga juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) dengan perbezaan satu mata.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Oliver Buff yang bermain gerakan satu dua antara pemain tengah, Danial Asri pada minit dan berjaya menyudahkan hantaran pada minit ke-33.

Bagaimanapun, pasukan Selangor FC gagal memanfaatkan banyak peluang yang terhidang dalam perlawanan tersebut. Percaturan berani jurulatih KDA FC, Aidil Sharin mengeluarkan dua tonggak bahagian tengah, Baddrol Bakhtiar dan Rabih Ataya membuahkan hasil apabila KDA FC berjaya bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit.

Kebangkitan semula KDA FC bermula pada minit ke-79 apabila pemain import Liberia yang bermain di posisi penyerang, Kpah Sherman berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas dia dijatuhkan Tim Heubach.

Hanya berselang enam minit kemudian, seorang lagi pemain import, Tchetche Kipre berjaya meledak gol kedua yang juga menjadi gol kemenangan KDA FC pada minit ke-85 selepas berjaya menyambar hantaran leret pemain gantian, Azamuddin Akil untuk meletakkan KDA FC di depan. Gol itu memastikan pasukan KDA FC membawa pulang tiga mata penuh ke Darul Aman dan mengecewakan pasukan Selangor FC di gelanggang sendiri.

Kemenangan itu menyaksikan KDA FC berada di kedudukan ke-2 liga dengan 16 mata selepas 7 perlawanan, 1 mata di belakang pendahulu liga yang juga juara bertahan, JDT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts