FOLLOW US:
Liga Super MalaysiaLUPAKAN KEKALAHAN LALU DAN FOKUS UNTUK PERLAWANAN SETERUSNYA

LUPAKAN KEKALAHAN LALU DAN FOKUS UNTUK PERLAWANAN SETERUSNYA

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan bertemu Perak FC di Stadium Ipoh pada 17 April untuk perlawanan ke-9 saingan Liga Super 2021. Dengan ketiadaan tonggak pertahanan, Rodney Celvin yang dilayangkan kad merah pada perlawanan bertemu Terengganu FC minggu lalu, barisan pertahanan KDA FC nampak sedikit pincang. Namun, dengan kehadiran Loqman Hakim dan Zulkhairi Zulkepley, nampak mampu menggalas tugas diposisi yang ditinggalkan Rodney pada perlawanan bertemu Perak nanti, seandainya Renan masih belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan. Tidak mustahil kedua-dua pemain ini mampu beraksi dengan cemerlang seperti mana dipamerkan oleh Rodney sebelum ini. Peluang ini harus digunakanan sebaiknya oleh mereka untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Rekod 20 pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini menyaksikan 10 pertemuan berpihak kepada Kedah dimana dpertemuan terakhir menyaksikan Kedah menewaskan Perak 2-3 di Stadium Perak, Ipoh. Kemenangan itu memastikan Kedah layak untuk bertanding di peringkat AFC selepas muncul naib juara Liga Super dibelakang JDT.

Selain itu, ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak, turut berkata “Kami perlu melupakan kekalahan tempoh hari kerana masih ada perlawanan yang akan datang. Para pemain perlu fokus dan yang paling penting adalah untuk kembali bersatu hati selepas kekalahan lalu untuk tampil dengan lebih kuat dengan melakukan yang terbaik pada perlawanan akan datang.

Selepas mengalami kekalahan kepada TFC minggu lalu, moral pemain sedikit menurun. Tetapi Alhamdulillah, selepas kami kembali bersatu dalam sesi latihan beberapa hari ini, semua pemain begitu profesional dengan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Kami sudah kehilangan empat pemain sebelum ini dan yang terkini adalah Fadzrul dan Rodney yang digantung perlawanan. Namun, kami perlu meneruskan dengan apa yang kami ada kerana saya percaya kepada semua pemain. Saya yakin pemain yang akan menggantikan tonggak utama nanti akan melakukan yang terbaik pada perlawanan menentang Perak FC.

Walaupun pemain muda, mereka perlu mengikut segala taktikal yang dirancang. Ini juga merupakan peluang untuk mereka membuktikan sesuatu dan kami (barisan kejurulatihan) akan sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya.

Perlawanan pertama di Bulan Ramadan akan memberikan situasi yang berbeza kepada sesetengah pemain. Semua pasukan melalui situasi yang sama dan yang paling penting adalah untuk segera menyesuaikan diri dengan perlawanan di bulan puasa kali ini”.

Malam ini merupakan perlawanan pertama KDA FC di dalam bulan Ramadhan bagi musim ini, ditambah pula bermain di gelanggan lawan, diharapkan semua pemain mampu memberikan yang terbaik untuk pasukan. Semoga KDA FC berjaya mengutip 3 mata berharga malam ini. Pulun Kedah Pulun!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts