FOLLOW US:
Liga Super MalaysiaKDA FC KONGSI MATA DI IPOH

KDA FC KONGSI MATA DI IPOH

IPOH: Perak FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masing-masing terpaksa berpuas hati denga 1 mata selepas mereka terikat dangan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan ke-9 Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh semalam.

Bermula babak pertama permainan menyaksikan pasukan tuan rumah dibawah kendalian Chong Yee Fatt melakukan beberapa asakan awal berbahaya kearah pintu gol KDA FC menerusi pemain import mereka namun penjaga gol, Mohd Shahril Sa’ari kebal mempertahankan gawang dari dibolosi.

KDA FC juga mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol pendahuluan menerusi Tchetche Kipre, namun dinafikan penjaga gol tuan rumah, Muhammad Hafizul.

Kedua-dua pasukan yang tumpas pada perlawanan terakhir masing-masing nampak bermain dengan lebih berhati-hati dalam usaha untuk mengelakkan kekalahan.

Memasuki separuh masa kedua perlawanan, kedua-dua pasukan meningkatkan serangan untuk mencari gol pertama. Pasukan tuan rumah terlebih dahulu didepan menerusi jaringan De Paula pada minit ke-57 selepas menanduk masuk bola hantaran Careca untuk gol pertama perlawanan.

Tersentak dengan jaringan itu, KDA FC mula menambahkan serangan berbahaya ke pintu gol Perak. Serangan balas bertali arus KDA FC akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang import, Kpah Sherman berjaya menjaringkan gol penyamaan pasukan pelawat apabila mudah menolak masuk bola ke gawang menewaskan Muhammad Hafizul pada minit ke-79.

Kedua-dua pasukan turut mempunyai peluang untuk mendahului namun buntu. Kedudukan terikat 1-1 sehigga wisel penamat dibunyikan. Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi 1 mata. Keputusan itu menyaksikan KDA FC turun satu anak tangga ke kedudukan ketiga liga dibelakang JDT dan Terengganu dengan 17 mata selepas 9 perlawananan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts