FOLLOW US:
Liga Super MalaysiaKEDAH PERLU BANGKIT

KEDAH PERLU BANGKIT

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan menerima kunjungan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) bagi meneruskan perlawanan ke-10 Liga Super malam ini di Stadium Darul Aman. Perlawanan malam ini semestinya menjanjikan aksi menarik kerana KDA FC semestinya mahu mengutip 3 mata penuh setelah hanya sekadar seri dengan Terengganu FC pada perlawanan ke-9 minggu lalu.  

Dengan kembalinya beberapa pemain yang pulih dari kecederaan seperti Renan Alves, Syazwan Zainon dan Rizal Ghazali bakal meningkatkan motivasi pasukan. Bagi Rodney Celvin pula, beliau masih belum pasti untuk diturunkan pada mala mini berikutan kad merah yang diterimanya semasa menentang Terengganu FC pada perlawanan sebelum ini.

Ketiadaan penyerang utama, Kpah Sean Sherman di bahagian depan malam ini akan membuka peluang kepada Rozaimi Abdul Rahman untuk mengemudi jentera serangan bersama Tchetche Kipre. Kpah akan digantung 1 perlawanan setelah beliau mengumpul 3 kad kuning sebelum ini.

Ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, “Dengan ketiadaan Sherman, kita masih ada Tchetche Kipre. Dari segi serangan, ia tidak begitu merisaukan kerana kita ada beberapa pemain gantian lain untuk mengisi kekosongan dan perkara itu akan ditentukan nanti.”

Beliau jberkata selain aspek serangan, skuadnya juga perlu mengimbangi kekuatan di bahagian pertahanan susulan ia bolos dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Pemain juga perlu focus dan mengambil semua peluang yang ada untuk memastikan kemenangan pada malam ini.

Selain itu, beliau berkata, untuk bertemu KL City FC malam ini, beliau akan menggunakan strategi perlawanan yang berbeza dimana beliau akan menganalisa kekuatan dan kelemahan pasukan lawan sebelum bertemu KDA FC.

Rekod 20 pertemuan kedua-dua pasukan sejak 2005 meyaksikan KDA FC telah memenangi 13 perlawanan, 4 seri dan 3 kekalahan. 7 dari 13 perlawanan tersebut telah dimenangi di Stadium Darul Aman. Perlawanan terakhir kedua pasukan adalah pada 2019, dimana KDA FC telah menewaskan KL dengan jaringan 5-2. Semoga perlawanan pada malam ini memberikan 3 mata penuh kepada KDA FC.

Ayuh Kedah! Pulun Kedah pulun!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts