FOLLOW US:

kedah bangkit

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bangkit dari ketinggalan 1-2 untuk menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 3-2 pada perlawanan ke-10 Liga Super 2021 yang penuh dramatik yang berlangsung di Stadium Darul Aman kelmarin. Kemenangan itu memastikan pasukan tuan rumah mengutip tiga mata penuh selepas hanya sekadar seri pada perlawanan sebelumnya.

Pemain import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre menjadi wira apabila berjaya meledak 2 gol dan 1 bantuan gol untuk memastikan kemenangan kepada tuan rumah yang bermain dihadapan lebih kurang 1200 orang penonton.

Aksi pada babak pertama bermula garang dengan 3 asakan bertali-arus dari pasukan tuan rumah dalam tempoh 10 minit pertama permainan. Kevin Mendoza yang sentiasa berada pada kedudukan tepat bagi mengelakkan pintu golnya daripada dibolosi.

KL City membalas serangan melalui penyerang dan juga kapten pasukan, Paulo Josue hasil gerakan pantas pemain sayap Hadin Azman namun barisan pertahanan KDA FC pantas mematahkan serangan. Kedudukan kekal 0-0 sehingga wisel tamat babak pertama dibunyikan.

Bermula babak kedua, percaturan ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharil Sahak memasukkan Mohammad Fayadh Zulkifli nampak membuahkan hasil apabila beliau beberapa kali berjaya mengucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan. Namun, pasukan pelawat terlebih dahulu berjaya mendahului dengan 0-1 menerusi jaringan kapten pasukan KL City, Paulo Josue yang merembat leret bola ke bahagian penjuru kiri gol menewaskan penjaga gol KDA FC, Shahril Saari pada minit ke-49

Pemain gantian, Mohammad Fayadh Zulkifli berjaya membuktikan bahawa percaturan Aidil Sharil menjadi apabila beliau bijak menyempurnakan peluang yang terhidang menerusi rembatan kaki kanan setelah menerima hantaran dari Tchetche Kipre untuk menjaringkan gol penyamaan pasukan tuan rumah menewaskan penjaga gol pelawat, Kevin Mendoza pada minit ke-70.

Berselang 8 minit kemudian, KL City FC kembali di depan menerusi tandukan pemain pertahanan, Giancarlo Gallifuoco hasil sepakan penjuru yang berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd Shahrul Saari untuk memastikan mereka sekali lagi mendahului 1-2 pada minit ke-78.

Tersentak dengan jaringan itu, KDA FC mula menggandakan asakan kearah pintu gol lawan. Usaha gigih mereka membuahkan hasil apabila dihadiahkan sepakan penalti pada masa tambahan selepas penyerang KDA FC, Rozaimi Abdul Rahman dijatuhkan. Tchetche Kipre tidak mensiakan peluang itu apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pasukan tuan rumah pada minit ke-93.

3 minit kemudian, Tchetche Kipre sekali lagi menjadi watak penting apabila menjaringkan gol kemenangan untuk KDA FC apabila merembat hantaran dari Renan Alves bagi memastikan pasukan tuan rumah mengumpul 3 mata penuh di gelanggang sendiri.

Keputusan itu menyaksikan KDA FC kekal di kedudukan ketiga liga dibelakang JDT dan Terengganu dengan 20 mata selepas 10 perlawananan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts