FOLLOW US:
Liga Super Malaysiamisi balas dendam

misi balas dendam

Clash for the top! Perkataan yang amat sesuai digunakan pada pertemuan malam ini di Stadium Darul Aman. Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan menerima kunjungan pasukan di selatan Malaysia yang juga pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim FC (JDT).

Dengan hanya perbezaan hanya satu mata, pastinya KDA FC ingin mengutip mata penuh pada malam ini, bagi memastikan KDA FC naik ke carta teratas liga dan meneruskan momentum kemenangan setelah menewaskan melaka pada jumaat lalu. Ketua pasukan KDA FC, Baddrol Bakhtiar berkata, mereka akan memanfaatkan dan beraksi sebaik mungkin di laman keramat Stadium Darul Aman yang menjadi kebanggaan selama ini.

“Ketiadaan penyokong sedikit memberikan kesan, namun kami berazam memberikan aksi terbaik dan memohon penyokong mendoakan kami agar memperoleh keputusan terbaik menentang JDT,” katanya ketika diminta mengulas tentang pertemuan yang kini menjadi perhatian semua penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air pada minggu ini.

Pastinya ketiadaan sorakan pemain ke-12 akan dirasai para pemain berikutan peraturan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang melarang penonton dari memasuki stadium atas faktor keselamatan.

Ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, “Ketiadaan penyokong yang hadir di dalam stadium kali ini sudah pasti memberi suasana berlainan dari sebelum ini untuk kami yang kini bersemangat memburu kemenangan selepas mendapat kemenangan ke atas Melaka United.

“Ini kerana setiap penyokong Hijau Kuning yang hadir ke stadium sebelum ini memberi kami motivasi serta ‘tenaga’ tambahan untuk berjuang sepanjang perlawanan berlangsung.

“Namun dengan ketiadaan penyokong kali ini, ia pastinya berbeza, dan kami perlu terima kenyataan yang mana sorakan mereka hanya sekadar berada ‘di luar’ stadium,” katanya.

Aidil juga berkata skuadnya perlu menerima hakikat keadaan semasa yang ditetapkan MKN dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dengan ketiadaan penyokong itu dan pada masa yang sama pemain harus kekalkan semangat dan bersikap positif dalam menerima hakikat ini.

“Apakan daya, walaupun pemain bersemangat selepas mengecapi kejayaan mendapat tiga mata di Melaka jumaat lalu, impian kami untuk mendapat sokongan pemain ke-12 pada perlawanan kali ini tidak menjadi kenyataan, namun kami tetap menerima keadaan ini dengan hati yang tabah.

“Penyokong memang sudah teruja mahu menyaksikan perlawanan bertemu JDT ini namun, sebaliknya, hanya kata-kata semangat sebelum perlawanan sahaja yang akan menjadi bekalan untuk kami bawa ke atas padang sewaktu perlawanan itu nanti.

“Saya mahu semangat dalaman setiap pemain kekal utuh dan kami mahu mencuba sebaik mungkin dalam menyempurnakan impian pasukan dan penyokong yang sentiasa berada di belakang kami,”

Rekod pertemuan 19 kali kedua-dua pasukan sebelum ini menyaksikan JDT telah memenangi 12 perlawanan dan KDA hanya memenangi 2 dari 19 perlawanan tersebut. Pertemuan terakhir memihak JDT dengan kemenangan 2-0 di Larkin. Ayuh Kedah! Pastikan 3 mata milik kita!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia 2021

Liga Super Malaysia

Kedudukan

PosClubPPts